Saturday, February 11, 2012

Kursus Kepimpinan

Assalamualaikum guys . Yeah agak lama aku tak update blog kan .
Maklumlah SPM kan this year so banyak folio kena buat :3
Ni aku nak cerita pasal kursus kepimpinan yang diadakan pada hari Sabtu 11/2/2012 .
Cehh , dah macam reporter dah aku , siap ada tarikh . Haha 
Okay , mula mula kursus ni dimulakan dengan ceramah cikgu Razak(Tiger) . 
Kenapa tiger ? Entah aku pun taktahu shuk yang suruh panggil macam tuh . wakakaka
Lepas tuh ada penceramah dari PTPL and time tuh jugak blackout . So , penceramah tuh pun panggil ketua/penolong tingkatan , pengawas sekolah/pusat sumber FORM 5 and dia bagi task .
Kita orang kena bentuk satu kumpulan .
Mula mula aku rasa tak boleh tau , tapi penceramah tuh cakap kalau nak jadi pemimpin mesti BERANI . So aku sahut cabaran dia tuh :D
Mula mula aku kena jadi ketua kumpulan 6 tau tapi aku mintak tukar kumpulan 8 sebab aku dah biasa buat kerja dengan Intan Sepet sebab dia penolong kelas aku . haha
So aku dengan Intan Sepet jadi ketua kumpulan 8 .
Okay task pertama kita orang ni best gila . Kita orang dapat 1 kertas and then kena buat satu bulatan tapi jangan bagi kertas putus . Setiap group dapat 2 kertas .
First time buat tak jadi tau , yang kali kedua buat baru jadi . Lepas tuh kita orang kena masuk dalam bulatan tuh and then gerak kesana kesini . Aktiviti ni paling best , aku tergelak gila gila . Lepas satu satu group bulatan dorang putus . Last last tinggal 6 group je dari 13 group termasuk group aku .Yang 6 group ni kira finalis lah . hahaha
Okay , kita orang kena berlumba sampai ke garisan putih tanpa putus kertas tuh .
1,2,3 GO .
Semua berlumba lumba lari . Sumpah kelakar time tuh . haha
Tapi group aku putus lepas sampai kat garisan putih tuh .
Takpe yang penting kita orang dapat number 2 . haha :p
Aktiviti ke-2 kita orang kena bina bangunan yang tinggi dah kukuh menggunakan straw sahaja .
Mula mula aku tadi idea langkong . Nasib baik adik adik form 1,2,3 fazira , nana , ezya and shuk banyak tolong .
So kita orang bina lah menara condong yang berbunga . wakakaka
Nak tahu mana datang bunga ? Nana lah boleh pulak tambah letak bunga atas menara condong kita orang . haha . Tapi kreatif betul :D
Mula mula kita orang risau tau sebab tapak kita orang tak stabil .
And then cikgu tiup satu persatu bangunan straw kita orang semua .
Banyak yang jatuh , tapi nasib baik menara condong kita orang tak jatuh . hahaha 
Yeayy ! Kita orang menang task ni . Sebab kita orang paling tinggi dan stabil :3
And aktiviti terakhir kita orang kena buat satu pembentangan about vandalisme . Dalam task tuh dia suruh bagi nama program tau yang nana dengan ezya boleh tibai 'SEHARI BERSAMA 8'
Hahahaha . Sumpah kelakar . Aku takut orang fikir lain je xD
Last last dorang terima jugak aku punya nama program .
'SEHARI BERSAMA MEMBANTERAS VANDALISME'
Group kita orang memang cool je . cikgu bagi 45 minit tapi kita orang masa tinggal 5 minit baru kita orang buat . hahaha , kelakar gila time tuh tgk nana buat . Banyak gila typo xD
And then kena present kat atas pentas . Dah aku kena cakap .
Aku dengan takda isi nya taktahu nak cakap apa .
Aku main cakap je atas pentas . haha . Sorry korang , aku memang blank time tuh .
Tapi ada yang tak dapat present lagi . And mana yang tak present lagi tuh cikgu suruh buat satu aktiviti lagi pasal telur .
Dorang kena balut telur dengan straw dan bila baling cikgu tuh taknak telur tuh pecah . Lepas dah siap fasilator baling lah semua pecah ! haha .
Act cikgu nak ajar kita orang , kalau nak jadi pemimpin mesti ada strategi .
Kalau telur tuh kita balut dengan betul , telur tuh takkan pecah .
Macam kita , kita pemimpin mesti ada strategi tentang cara mengajar , nasihat semua .
Kalau cara pemimpin tuh betul takkan rosak lah anak didiknya .
Tetapi kalau kita dah salah memberi tunjuk ajar , maka rosaklah anak didiknya . Eceeh :D
Lepas tuh cikgu tanya semua apa pengajaran yang kita dapat dari kursus ini .
Aku tengok takde orang bangun aku pun bangun lah pergi depan aku cakap '  program ini dapat melahirkan pelajar yang berani dan tak malu ' 
HAHAHA, kelakar je ayat aku xD
Lepas tuh barulah ramai orang bangun . Hee , bestnyeee <3
And then penyampaian hadiah .
Group aku dapat tempat ke-3 dari 13 group . Okay lah tuh dapat hamper . hahaha :D
Tapi aku tak ambik pun . Act aku nak kepuasan dalam kursus tuh and aku dah dapat dah kepuasan tuh . Cikgu cakap nanti ada kursus lagi . 
Aku tak sabar betul nak tunggu kursus tuh . Tapi aku kena mantapkan kepimpinan aku dulu .
Itulah yang sepatutnya .
hihi . Thanks for reading guys :D

1 comment:

nsrftn said...

Terbaik abg . Abg memang pemimpin yang terbaik .